CARA UNTUK MENGETAHUI DIA MENYUKAI ANDA
08 February 2012, ϟ 0 shout(s)
hello-2 guys :)mlm nih , nk story about tajuk kt atas tuh..haa ,ade 11 cara di bawah boleh membantu anda untuk menge’test’ adakah dia benar-benar menyukai korang atau tidak okay ? Yeah! :D
1. Sekiranya sebelum ini, dia akan bertindak kasar dengan anda, misalnya, dia menjawab pertanyaan anda dengan kasar, tapi sejak kebelakangan ini, dia kerap menggunakan bahasa yang lembut, mungkin dia mula menyukai anda.
2. Dia gemar menghantar SMS kepada anda walaupun sekadar mengucapkan “HAI” sahaja. Padahal zaman dahulu, tak pernah pula dia menghantar SMS kepada anda. Perubahan yang menarik!
3. Dia akan cuba merapatkan diri apabila dia berada di sebelah anda. Tapi awas sekiranya dia terlampau rapat dengan anda, mungkin niatnya lain.
4. Dia akan memandang anda dengan satu pandangan yang penuh makna. Mungkin dia akan menghadiahkan anda sebuah senyuman yang manis atau menggoda. :)
5. Dia akan mula mengeluarkan kata-kata manis semanis kurma kepada anda. Oh Anis rasa entri ni khusus untuk golongan prempuan kot, tapi sesuai juga bagi golongan lelaki. Sambung semula topik tadi, dia akan mula memanggil anda dengan panggilan SAYANG, BABE, HONEY.
6. Sekiranya anda tidak sihat, dia akan mula menunjukkan reaksi yang tidak menarik seperti dia akan kelihatan gelisah dan risau. Malah dia akan sentiasa menghubungi anda dan bertanya khabar.
7. Kadang-kadang dia juga sanggup mengeluarkan wang untuk membelikan anda sesuatu. Sekiranya dia kedekut di awal perkenalan, mungkin ini satu petanda bahawa dia menyukai anda.
8. Dia akan mengemaskini atau update status di laman sosialnya seperti Facebook dan Twitter dengan menyatakan bahawa dia merindui seseorang atau menyukai seseorang. (tapi pastikan bahawa tanda-tanda di atas ini telah dipenuhi terlebih dahulu)
9. Dia akan mengajak anda berjumpa dengan ibu bapanya. (kes serius betul-betul ni)
10. Senang cerita, dia akan mengaku pada kawan anda bahawa dia selesa bersama anda atau dia berasa segan dengan anda secara tiba-tiba.
Okay, setakat ni dahulu story bertajuk CARA UNTUK MENGETAHUI DIA MENYUKAI ANDA. Nanti Aniss akan sambung dengan tanda-tanda yang lain pula. okeyy , byeee :)
new past